THE BIGGEST LOSER WEIGHT CHALLENGE PLANMALAYSIA PERAK 2024

THE BIGGEST LOSER WEIGHT CHALLENGE PLANMALAYSIA PERAK 2024
 
IPOH, 8 Mac 2024 - Biro Sukan (KESUBA) dengan kerjasama Bahagian Korporat telah menganjurkan Program "The Biggest Loser Weight Challenge PLANMalaysia Perak 2024" untuk menyahut kempen jabatan "Warga Sihat Jiwa Bahagia". Pelancaran program telah disempurnakan oleh YBrs. TPr Gs. Mohamed Zamri Bin Mohd Zain pada 8 Mac 2024. Program ini akan bermula Mac sehingga Disember 2024.
 
Program “The Biggest Loser Weight Challenger Planmalaysia Perak 2024” merupakan program yang julung-julung kali diadakan bertujuan bagi memastikan tahap kesihatan pegawai-pegawai di PLANMalaysia Perak berada pada tahap yang baik serta penerapan dan kesedaran ke arah gaya hidup yang sihat. Tahap kesihatan yang baik dapat memberi impak yang positif kepada prestasi dan mutu kerja yang lebih baik.
 
Pelbagai program dan aktiviti akan diadakan sepanjang tempoh program ini seperti zumba, berjalan 10 ribu langkah, mendaki bukit, aktiviti-aktiviti sukan dalaman dan sebagainya. Selain itu, dengan kerjasama Bahagian Korporat, turut akan diadakan aktiviti pemeriksaan kesihatan dan ceramah berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan sihat oleh pegawai perubatan yang bertauliah.
 
Diharap program ini akan memberi manfaat kepada semua warga PLANMalaysia Perak dan mencapai objektifnya untuk menjadikan warga PLANMalaysia yang aktif dan sihat.

Cetak   Emel