Rancangan Struktur Negeri

Pengenalan

Rancangan Struktur (RS) adalah merupakan suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa, termasuklah langkah-langkah untuk:

 Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal;
Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskan lalulintas;
Pembaikan tahap sosio-ekonomi, penggalakkan pertumbuhan  ekonomi;    
Mempertingkatkan perancangan luar bandar dan rancangan desa; dan
Memudahkan pembangunan secara mampan
 
RS juga hendaklah mengandungi gambarajah, gambaran-gambaran dan lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangan-cadangan yang dikemukakan.Fungsi Rancangan Struktur:
 
  • Menterjemahkan dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN);
  • Menyediakan rangka pembangunan bagi Rancangan Tempatan (RT);
  • Menentukan gunatanah utama negeri; dan
  • Menentukan projek utama negeri.
Image