Rancangan Fizikal Negara

Pengenalan

Suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia. RFN perlu disediakan menerusi proses perundingan diantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta mengambil kira dasar perbandaran negara semasa atau dasar-dasar lain yang berkaitan. RFN disediakan bagi Semenanjung Malaysia dan tidak meliputi Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negeri tertakluk kepada perundangan yang berbeza. 

RFN berfungsi untuk menterjemahkan objektif sosio-ekonomi Rancangan Malaysia Lima Tahun dan dasar-dasar pembangunan sehingga tahun 2020, serta objektif sektoral ke dalam bentuk spatial untuk menjadi panduan dari segi agihan geografi diantara negeri, di dalam negeri dan diantara kawasan tempatan.

Perancangan spatial adalah suatu proses yang kompleks. Ianya melibatkan pelbagai bidang dan dasar yang berkaitan dengan pelbagai sektor dan pihak-pihak yang berkepentingan seperti sektor perkhidmatan utiliti dan penglibatan daripada sektor swasta. Perancangan fizikal yang berkesan adalah melibatkan penyertaan daripada pendekatan “top-down” dan “bottom-up’. Dalam penilaian semula RFN Pertama, perkara utama yang diambilkira ialah mendapatkan maklum balas secara diskursif dan konsultatif daripada semua agensi kerajaan dan pihak-pihak yang berkepentingan. Ia adalah bertujuan untuk meningkatkan sistem pengurusan bandar yang terbaik (‘Good Governance’) dan penglibatan awam dalam perancangan yang berkesan.


Cetak   Emel