Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran

Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran

Pengenalan

 Dalam penyediaan draf rancangan tempatan di bawah Seksyen 12, Akta 172 atau pengubahan, pembatalan dan penggantian rancangan tempatan di bawah Seksyen 16, Akta 172, publisiti bagi draf rancangan tempatan berkenaan hendaklah diadakan sepertimana peruntukan Seksyen 13, Akta 172, bagi memberi peluang kepada orang awam untuk memeriksa kandungan draf rancangan tempatan itu dan membuat bantahan dan representasi ke atasnya, sekiranya ada.

 

Petikan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

 Menurut Subseksyen 14(1), Akta 172, bagi maksud menimbangkan bantahan dan representasi orang awam terhadap sesuatu draf rancangan tempatan, pihak berkuasa perancang tempatan boleh mengarahkan supaya diadakan suatu siasatan tempatan atau pendengaran oleh sesuatu jawatankuasa yang terdiri daripada tiga (3) orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Perancang Negeri.

JSTP perlu mengadakan mesyuarat bagi maksud menimbangkan segala bantahan dan representasi berkenaan dengan draf rancangan tempatan.Laporan Keputusan Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran akan disediakan oleh urusetia JSTP dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri bagi kelulusan selari dengan peruntukan Subseksyen 15(1). Akta 172.

Senarai Ahli JSTP Terkini

Pelantikan Ahli Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (JSTP) di Negeri Perak telah diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri (JPN) Bil.2/2022 pada 28 April 2022 adalah seperti berikut :

1.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang bertanggungjawab bagi dan portfolionya berhubung dengan perancangan bandar dan desa/kerajaan tempatan;

-

Pengerusi

2.

Pengarah/Timbalan Pengarah PLANMalaysia Negeri Perak;

-

Ahli

3.

Pengarah/Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak;

-

Ahli

4.

Pengarah/Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak;

-

Ahli

5.

Pengarah/Timbalan PengarahJabatan Alam Sekitar Negeri Perak;

-

Ahli

6.

Pengarah/Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak;

-

Ahli

7.

Pengarah/Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak;

-

Ahli

8.

Pengarah/Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak; dan

-

Ahli

9.

Pengarah/Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak

-

Ahli

Setiap Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (JSTP) yang bersidang, urusetia akan memilih dua (2) orang dikalangan ahli yang dilantik berdasarkan majoriti bantahan yang diterima bagi kelancaran mesyuarat.

Sekiranya Pengarah di kalangan ahli JSTP tidak dapat hadir, maka Timbalan Pengarah boleh diwakilkan.


Cetak   Emel