Bantuan W3C

1. Menukar Saiz Tulisan
Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan pelayar web (web browser) telah menyediakan kemudahan untuk menukar saiz tulisan. Sebagai contohnya, untuk menukar saiz tulisan mengikut pelayar web anda :

Google Chrome
Pada ruangan menu Page, pilih zoom. Zoom > Larger

Mozilla Firefox
Pada ruangan menu View, pilih Zoom. View > Zoom > Zoom In

Internet Explorer
Pada ruangan menu View, pilih Text Size. View > Text Size > Largest

Netscape
Pada ruangan menu View, pilih Text Size. View > Text Size > Increase

Macintosh shortcut: Command+

Windows Shortcut: Ctrl++

Opera
Pada ruangan menu View, pilih Zoom. View > Zoom > %

Macintosh Shortcut: Command+

Windows Shortcut: + or 0

Safari
Pada ruangan menu View, pilih Make Text Bigger. View > Make Text Bigger

Macintosh Shortcut: Command+

Namun yang demikian, kami juga menyediakan fungsi untuk menukar saiz tulisan bagi kandungan sahaja. Fungsi berikut boleh didapati pada setiap kandungan yang terdapat di dalam portal ini. Klik pada icon berikut (Besarkan saiz tulisan Kecilkan saiz tulisan) untuk membesarkan serta mengecilkan tulisan teks kandungan anda.

2. Pilihan Variasi Warna
Di dalam portal ini, kami menyediakan beberapa pilihan variasi warna bagi memudahkan pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan atas setiap halaman Laman Web ini. Pengguna boleh memilih warna daripada variasi warna yang disediakan. Pilihan boleh dibuat dengan mengklik pada Variasi Warna seperti di bawah :


Tema Biru (Default) Tema Merah Tema Kontras

 

Bantuan Penggunaan Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

Bagi membantu pengguna melayari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak, disertakan senarai bantuan seperti berikut :

‘W3C Disability Access’
Kod QR (Quick Response Code)
RSS (Really Simple Syndication)
Rekabentuk Responsif dan ‘Web Mobile’
Keterangan setiap bantuan adalah seperti di bawah :

1) W3C Disability Access

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access. Di antaranya adalah seperti berikut:

Pengguna cacat penglihatan

Bagi pengguna cacat penglihatan, panduan penggunaan W3C adalah seperti berikut:

Dapatkan IE Page Reader.
Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows 2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.
Seterusnya, anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech engine. Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.
Pengguna warga tua

Bagi pengguna warga tua, Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman portal. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

2) Kod QR (Quick Response Code)

Kod QR (singkatan daripada perkataan ‘Quick Response Code’) adalah cap dagang untuk jenis barcode matriks (atau dua dimensi kod bar) yang mula-mula direka untuk industri automotif di Jepun. Pengguna boleh melayari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak menerusi telefon bimbit atau PDA (Smartphone) menggunakan kod QR seperti di bawah :

qr_code

3) RSS (Really Simple Syndication)

RSS (singkatan daripada perkataan ‘Really Simple Syndication’) bertujuan untuk membantu pengguna mendapatkan maklumat terkini dengan lebih pantas dan berkesan. Klik di sini untuk dapatkan RSS Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak.

4) Rekabentuk Responsif dan ‘Web Mobile’

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak versi terbaru ini dilengkapi dengan satu reka bentuk responsif automatik yang bersesuaian dengan persekitaran paparan tertentu seperti desktop, tablet atau telefon bimbit, tanpa memerlukan susun atur yang berasingan untuk platform yang berbeza-beza. 'Web Mobile' merujuk kepada akses kepada ‘world wide web’, iaitu penggunaan perkhidmatan Internet berasaskan pelayar, dari peranti mudah alih seperti telefon bimbit atau PDA (Smartphone) yang disambungkan kepada rangkaian mudah alih atau lain-lain rangkaian ‘wireless’. Pengguna boleh melayari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak menerusi telefon bimbit atau PDA (Smartphone) dengan melayari www.perak.gov.my.

 


Cetak   Emel