Perutusan Pengarah

Pengarah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum W.B.T.

Saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa melayari  Laman web PLANMalaysia Perak. Laman Web PLANMalaysia Perak merupakan satu gerbang maklumat yang membolehkan orang awam, agensi kerajaan dan swasta serta para pelajar mendapatkan info dan data mengenai peranan dan perkhidmatan perancangan bandar dan desa.

Saya percaya konsep "maklumat di hujung jari" dapat menjadi satu medium terkini untuk mendekatkan para pelanggan atau pengguna dengan PLANMalaysia Perak. Pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai zoning, garis panduan perancangan, dan maklumat perancangan selain daripada pengumuman, berita dan penerbitan yang memberi info tambahan kepada pengguna mengenai perkhidmatan jabatan.

 Akhir bicara, jabatan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan, syor serta saranan yang membina daripada semua pengguna ke arah  mempertingkatkan lagi keberkesanan laman web ini.Pengguna boleh mengemukakan sebarang cadangan atau maklum balas kepada townplan@perak.gov.my atau terus ke ruang maklumbalas/pertanyaan.

Adalah diharapkan maklumat yang dimuat naik dalam laman web ini dapat memenuhi keperluan dan memberi faedah kepada anda semua. Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web kami.

 

Sekian.

Pengarah,

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Perak

(PLANMalaysia Perak)

cio