Pengguna tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara di bawah semasa menjawab Tinjauan dan Soal Selidik yang terdapat dalam Laman web rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan
- Memuat naik, mengemel, atau menghantar maklumat yang mengandungi perkaraperkara
berikut :-- Menyalahi undang-undang, berbahaya, berbaur ancaman, kesat, menganggu, bersifat mendera, berbaur fitnah, kasar, lucah, melanggar hak peribadi, bersifat benci, perkauman, keagamaan, etnik, atau sebaliknya dalam hal yang tidak menyenangkan, tidak benar, tidak relevan dengan soal selidik atau tinjauan yang disediakan Laman web rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan.
- Mengandungi mana-mana pengiklanan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan dan bahan promosi, komersial atau sebaliknya, termasuk pautan kepada laman web/portal yang mengandungi bahan seperti itu.
- Mengandungi virus-virus perisian atau mana-mana kod komputer lain, fail atau program yang direka untuk merosakkan, memusnahkan atau mengehadkan fungsi mana-mana perisian komputer, perkakasan, atau kelengkapan telekomunikasi.
- Mengguna atau mewujudkan satu pengenalan palsu (termasuk menggunakan nama samaran, penyamaran oleh orang atau entiti lain, atau menyatakan sesuatu yang palsu).
- Mengancam, mengintip atau memalukan mana-mana pengguna lain.
- Mengehadkan atau menghalang mana-mana pengguna lain daripada menggunakan laman web ini;
- Mengganggu, melumpuh, membeban, menjejas kerja, penampilan laman web, server atau jaringan yang disambungkan kepada laman web.