Pengenalan GIS

OBJEKTIF UNIT GEOSPATIAL DAN ICT

1.1       Objektif Bahagian Pengurusan Perancangan Geospatial dan ICT

  • Memastikan perancangan dan pembangunan yang dilaksanakan bagi seluruh Negeri Perak adalah teratur, terkawal dan harmoni bagi mewujudkan persekitaran kehidupan manusia yang berkualiti dan mampan selaras dengan keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
  • Memastikan Pengurusan Sumber Teknologi Maklumat serta Sistem Makluman Perancangan Geospatial Gunatanah sentiasa diuruseliakan secara teratur, cepat, tepat dan terkini.

1.2       Objektif Unit Geospatial dan ICT

  • Mengawalselia dan mengemaskini pangkalan data maklumat geospatial perancangan dan pembangunan bandar dan desa
  • Mengumpul dan menyelaras data geospatial bagi memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat dalam Geospatial Perancangan
  • Membekalkan maklumat geospatial perancangan kepada pelanggan jabatan berdasarkan keperluan pelanggan
  • Menguruskan perolehan perkakasan dan perisian agar memenuhi keperluan semasa ICT jabatan
  • Membangunkan sistem/aplikasi yang dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan jabatan
  • Menyelenggara dan memberi bantuan teknikal supaya sistem/aplikasi jabatan beroperasi dengan lancar
  • Mentadbir dan menyelenggara sistem rangkaian bagi memastikan kelancaran operasi dan keselamatan rangkaian
  • Mengurus dan menyelenggara perkakasan ICT jabatan supaya dapat berfungs idengan baik
  • Membangunkan dan menyelenggara laman web supaya sentiasa dapat dicapai dan dikemaskini.

Cetak   Emel