Sejarah Pengarah

Sejarah

Pada tahun 1921, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dengan pelantikan En. Charles C. Reade berbangsa Inggeris sebagai Pegawai Perancangan Kerajaan bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang).

Pada tahun 1929, Pejabat Perancang Bandar di Ipoh telah dibuka tetapi terpaksa ditutup pada tahun 1933 kerana kesulitan kewangan. Ketika itu perancangan bandar hanya dijalankan bagi bandar-bandar seperti Ipoh, Taiping, Kuala Kangsar dan Teluk Intan. Peranannya ketika itu hanyalah memberi kemudahan jalan perhubungan dan merancang penempatan secara ringkas dan kecil-kecilan di mana pada 10 April 1931 pelan bandar bagi Bandar Ipoh diwartakan sebagai “Ipoh (Kinta) Town Plan B3” atau lebih dikenali sebagai Pelan B3.

Pada 1 Jun 1956 Pejabat Perancang Bandar dan Wilayah bagi Negeri Perak ditubuhkan dengan seramai 7 orang anggota di ketuai oleh Encik F. Watkinson bertempat di Bangunan Dewan Bandaran Ipoh. Pada 1 Januari 1959 Jabatan Perancang Bandar dan Kampung Negeri Perak diwujudkan yang diketuai oleh Encik David Allen Aitken dan perkhidmatannya diperluaskan meliputi seluruh Negeri Perak.

Ketua Jabatan silih berganti bagi tahun-tahun berikutnya yang diterajui oleh YM Raja Mohd Ali (1962-1967),  Encik Soo Kim Choon (1968-1969), Encik Fong Chek Sam (1969-1977),Ybhg Dato' Wan Mohammad Mokhtar Bin Mohd Noor (1977-1993), Ybhg. Dato’ Yaacob Bin Nordin (1994-2005), Ybhg. Dato’ Dr Dolbani Bin Mijan (2007-2014), Ybhg. Puan Hajah Rohani Binti Md Hashim (2014-2019), Ybhg. Puan Jasmiah Binti Ismail (2019-2021), Hajah. Asni Binti Mustafa (2021-2022), dan mulai 2022 sehinga kini Ybhg Gs. Mohamed Zamri Bin Mohd Zain.

Image

PEJABAT PLANMalaysia@Perak

1956

Dewan Bandaraya Ipoh

1956 – 1966 (Apr)

Bangunan Kinta Trader No. 45 – 47, Jalan Bijih Timah Ipoh

1966 (Jun) – 1970 (Mei)

Bangunan Koperasi 111, Jalan Dato’ Onn Jaafar Ipoh

1970 (Jun) – 2003

Tingkat 7, Bangunan Seri Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Ipoh

2004 – Kini

Tingkat 3 & 7, Bangunan Seri Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Ipoh

Warga jabatan telah meningkat kepada 20 orang pada tahun 1970, 53 orang pada tahun 1996 dan pada masa ini (2013) jabatan mempunyai 103 perjawatan. Pertambahan tenaga kerja ini adalah sejajar dengan Keperluan semasa dan cabaran kepesatan pembangunan yang dihadapi oleh Negeri Perak Khususnya dalam aspek perancangan bandar dan desa.

Justeru itu peranan jabatan seperti penyediaan pelan – pelan bandar diperluaskan kepada semua bandar – bandar dan penempatanutama di Negeri Perak dan perancangan pembangunan berasaskan kepada rancangan pemajuan (Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas) yang disediakan.