Pengenalan

PLANMalaysia@Perak telah mencadangkan satu keperluan penyediaan kajian berbentuk 'Coffee Table' yang mengandungi maklumat berbentuk morfologi Pembangunan Pekan-Pekan Kecil di Negeri Perak. Pada asasnya 'Coffee Table' mengandungi statistik dan maklumat asas Pekan-Pekan Kecil atau tempat terutamanya dalam sejarah,perancangan, budaya,ekonomi awal dan lokasi-lokasi menarik disokong dengan ilustrasi dan fotografi menarik yang boleh menjadi satu media perkongsian informasi promosi kepada orang ramai. Maklumat berinformasi lazimnya disampaikan dalam bentuk yang lebih ringan yang membantu memberi gambaran penuh berhubung Pekan-Pekan Kecil atau tempat berkenaan. Dalam kajian ini, jabatan telah memilih skop perancangan bandar dan sejarah perancangan awal sesuatu Pekan-Pekan Kecil yang boleh dijadikan rujukan. Ia mengetengahkan bagaimana peranan perancangan bandar sebagai salah satu aspek yang memberi pengaruh terhadap perkembangan sesuatu Pekan-Pekan Kecil di Negeri Perak. Selain daripada itu, skop-skop lain seperti aspek merfologi bagi budaya, sosial,topografi dan ekonomi masih tetap menjadi sebahagian perkara yang akan dimuatkan dalam kajian ini.

Senarai Nama Pekan-Pekan Kecil

Bil.

Nama Pekan-Pekan Kecil Dalam Negeri Perak

Telah diterbitkan

1.

PAPAN

FASA 1(2013)

2.

GOPENG

FASA 1(2013)

3.

BERUAS

FASA 1(2013)

4.

KARAI

FASA 1(2013)

5.

BAGAN SERAI

FASA 1(2013)

6.

BAGAN DATOH(BAGAN DATUK)

FASA 2(2014)

7.

LUMUT

FASA 2(2014)

8.

KUALA KURAU

FASA 2(2014)

9.

KLIAN INTAN

FASA 2(2014)

10.

PARIT

FASA 2(2014)

11.

TANJUNG RABUTAN

FASA 3 (2015)

12.

PUSING

FASA 3 (2015)

13.

SUNGKAI

FASA 3 (2015)

14.

PADANG RENGAS

FASA 3 (2015)

15.

LENGGONG

FASA 3 (2015)

16.

MANONG

FASA 4 (2019)

17.

CHENDERIANG

FASA 4 (2019)

18.

KUALA SEPETANG

FASA 4 (2019)

19.

MALIM NAWAR

FASA 4 (2019)

20.

PENGKALAN HULU

FASA 4 (2019)