PROGRAM PEMERKASAAN PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN LAWATAN TEKNIKAL WARGA JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN (PLANMALAYSIA PERAK)

PROGRAM PEMERKASAAN PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN LAWATAN TEKNIKAL WARGA JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN (PLANMALAYSIA PERAK)
 
KUALA TERENGGANU, 25-28 Oktober 2023 - Program Pemerkasaan Pembangunan Organisasi dan Lawatan Teknikal Warga Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah berlangsung pada 25 hingga 28 Oktober 2023 dengan kehadiran kira-kira 56 warga PLANMalaysia Perak yang diketuai oleh YBrs. Tuan Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan.
 
Program ini telah membincangkan aspirasi dan hala tuju jabatan mendepani cabaran masa hadapan bermula tahun 2024. Pada 27 Oktober 2023, Jabatan telah mengadakan lawatan teknikal ke Noor Arfa Craft Complex dan Taman Tamadun Islam. Jabatan juga telah menganjurkan Majlis Penghargaan dan Apresiasi PLANMalaysia Perak pada hari yang sama.
 
Pihak Pengurusan Jabatan berharap semua lapisan pegawai terus menyahut aspirasi dan hala tuju Jabatan bagi merealisasikan setiap perancangan yang dirangka serta mentranformasikan perkhidmatan perancangan bandar dan desa yang lebih cemerlang di Negeri Perak Darul Ridzuan.
 

Cetak   Emel