BENGKEL BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN BAGI PEMBANGUNAN DASHBOARD PEMANTAUAN RANCANGAN PEMAJUAN (RP) NEGERI PERAK

BENGKEL BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN BAGI PEMBANGUNAN DASHBOARD PEMANTAUAN RANCANGAN PEMAJUAN (RP) NEGERI PERAK
 
TAIPING, 12 Oktober - Bahagian Rancangan Pembangunan dan Projek Khas, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah mengadakan Bengkel Bersama Pihak Berkepentingan bagi Pembangunan Dashboard Pemantauan Rancangan Pemajuan (RP) Negeri Perak di Hotel Grand Baron, Taiping.
 
Bengkel telah dirasmikan oleh Pn. Syazlina binti Bahari, Timbalan Pengarah yang mewakili Pengarah PLANMalaysia Perak. Seramai 57 orang peserta dari 27 agensi kerajaan peringkat Negeri dan Daerah telah hadir di sesi bengkel tersebut.
 
Bengkel yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan mendapatkan informasi data asas/indikator /formula pengukuran yang akan digunapakai dalam merekabentuk Modul Pembangunan Dashboard RP melalui Malaysia Urban Observatory (MUO). Dashboard ini akan menjadi platform pemantauan pencapaian keatas pelaksanaan dasar, strategi serta projek pembangunan yang telah dicadangkan dalam semua Rancangan Pemajuan Negeri Perak termasuk RSN Perak 2040.
Semoga pelaksanaan RSN Perak 2040 akan terus memperteguhkan agenda perancangan bandar dan desa di Perak.
 
 

Cetak   Emel