BENGKEL PEMURNIAN DAN VERIFIKASI GUNA TANAH NEGERI PERAK

 BENGKEL PEMURNIAN DAN VERIFIKASI GUNA TANAH NEGERI PERAK
 
PULAU PANGKOR, 17 Oktober- Sesi Bengkel Pemurnian dan Verifikasi Guna Tanah Negeri Perak anjuran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah diadakan di Avi Beach Resort Hotel, Pulau Pangkor. Sesi ini turut dihadiri oleh Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN), Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT) dan 15 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak.
 
Tujuan sesi ini diadakan untuk memberi kefahaman dan tindakan penyelesaian bagi menambah baik proses pengemaskinian data guna tanah sedia ada yang meliputi semakan topologi, pengisian metadata, pewartaan persempadanan daerah dan mukim baharu serta data warta hutan simpan kekal tahun 2022. Selain itu, kerja-kerja verifikasi dan pengemaskinian data guna tanah semasa, komited dan zoning bagi tempoh Januari – Jun 2023 juga turut dijalankan dengan pengesahan daripada setiap PBT.
 

Cetak   Emel