SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE-66, MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERPISAHAN WARGA TAHUN 2023

IPOH, 28 OGOS 2023 – PLANMalaysia Perak telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-66, Majlis Perhimpunan Dan Perpisahan Warga Tahun 2023 bertujuan untuk memperingati satu peristiwa amat penting dalam sejarah perjalanan negara, yakni kemerdekaan Malaysia tercinta, pada tanggal 31 Ogos 1957.
 
Majlis turut dimeriahkan dengan penganjuran Pertandingan Sayembara Deklamasi Sajak Patriotik PLANMalaysia Perak 2023.
 
Turut dirai Ulangtahun Kelahiran Warga Jabatan (Julai, Ogos & September), Employee Of The Month iaitu En Muhammad Azrin bin Mazlan dari Bahagian Khidmat Pengurusan dan Warga yang bertukar iaitu Encik Khairil bin Khalid.
 
KESUBA (Kelab Sukan dan Kebajikan) turut menyampaikan insentif kepada atlit jabatan yang menyumbangkan pingat sempena SUKNA Ke-20, UMP Pahang.

Cetak   Emel