Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Perak Tengah 2030 (Pengubahan) diadakan selama 30 hari bermula pada 4 September 2023 sehingga 4 Oktober 2023 bertempat di Kompleks MDPT dan Tingkat 3&7, Bangunan Seri Perak, Ipoh.
Publisiti ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan pembangunan di atas lot-lot tanah yang terlibat dalam pengubahan ini. Tuan-puan dijemput ke program publisiti ini.
#DrafRancanganTempatanDaerahPerakTengah2030(Pengubahan4)