MESYUARAT PENYELARASAN PERANCANGAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK BERSAMA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DAN UNIT PUSAT SETEPAT (OSC) NEGERI PERAK BIL.2/2024

 
MESYUARAT PENYELARASAN PERANCANGAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK BERSAMA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DAN UNIT PUSAT SETEPAT (OSC) NEGERI PERAK BIL.2/2024
 
IPOH, 9-10 Oktober 2024 – Mesyuarat Penyelarasan Perancangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) Bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) Negeri Perak Bil. 2/2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Royal Belum, PLANMalaysia Perak yang dipengerusikan oleh TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak.
 
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan dan mempertimbangkan perka-perkara berkaitan dengan perancangan bandar Di Negeri Perak. Sebanyak sembilan (9) kertas kerja telah dibentangkan dalam mesyuarat ini iaitu:
1. Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadat Islam
2. Garis Panduan Perancangan Tempat Perkuburan Islam
3. Garis Panduan Perancangan Skim Perumahan Komuniti Strata
4. Garis Panduan Perancangan Laluan Kenderaan mikromobiliti
5. Garis Panduan Perancangan Tapak Perkhemahan
6. Garis Panduan Perancangan Bandar Berdaya Tahan Bencana Di Malaysia
7. Garis Panduan Perancangan Pembangunan dan Pengurusan Di Kawasan Berisiko Bencana Gempa Bumi
8. Garis Panduan Perancangan Skim Komuniti Berpengawal
9. Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) dan Prosedur Permohonan Bagi Penyediaan Penginapan Pekerja Secara Jangka Pendek (TLQ) (semakan semula) (2023)
Semoga mesyuarat ini berupaya menjadi medium menyelesaikan hal-hal perancangan dengan lebih efektif dan berkesan.

Cetak   Emel