Pengenalan
Rancangan Tempatan (RT) merupakan asatu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam RSN kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal.
RTD disediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) serta dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadnagan-cadangan am yang terkandung di dalam RSN.
RTD menunjukkan secara berskala besar tatatur pembangunan bagi sesuatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkan dasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut.
Fungsi Rancangan Tempatan Daerah adalah:
- Menterjemahkan dasar-dasar RSN;
- Sebagai panduan pembangunan fizikal bagi daerah dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) berkaitan melalui peta cadangan gunatanah;
- Menyediakan garispanduan bagi kawasan pembangunan;
- Mengenalpasti projek utama daerah; dan
- Menyediakan garispanduan pelaksanaan.
Senarai Muka Depan Rancangan Tempatan
1.RT Bandaraya Ipoh2035 (Penggantian)
2. RT Daerah Kuala Kangsar 2035 (Penggantian)
3. RT Daerah Batang Padang 2035 (Penggantian)
4. RT Daerah Hilir Perak 2035 (Penggantian)
5. RT Daerah Larut Matang 2035 (Pengubahan)
6. RT Daerah Selama 2030 (Pengubahan)
7. RT Daerah Hulu Perak 2030 (Pengubahan)
8. RT Daerah Perak Tengah 2030 (Pengubahan)
9. RT Daerah Kampar 2030 (Pengubahan)
10. RT Daerah Batu Gajah 2025 (Penggantian)
11. RT Daerah Muallim 2035 (Pengubahan)
12. RT Kerian 2035 (Pengubahan)
13. RTD Manjung 2030 (Pengubahan)
14. RT Daerah Bagan Datuk 2035 (Pengubahan)