BENGKEL PENYEDIAAN PANDUAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN (RT) PENGUBAHAN NEGERI PERAK
TAIPING, 3 Julai 2024 – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) melalui Bahagian Rancangan Pembangunan, Geospatial dan ICT telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Panduan Pelaksanaan Rancangan Tempatan (RT) Pengubahan Negeri Perak bertempat di Novotel, Taiping.
Di bawah peruntukan subseksyen 16(1) Akta 172, pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) boleh pada bila-bila masa, membuat cadangan untuk pengubahan, pembatalan atau penggantian suatu rancangan tempatan. PBPT juga menjalankan fungsi untuk mengawal selia, mengawal dan merancang pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasannya.
Sehubungan itu, Bengkel Panduan Pelaksanaan Rancangan Tempatan (RT) Pengubahan Negeri Perak diadakan bertujuan untuk menyelaraskan aspek dan keperluan perancangan yang perlu diambilkira khususnya semasa membuat penilaian ke atas sesuatu permohonan pengubahan ke atas RT agar RT Pengubahan dapat disediakan oleh PBPT mengikut proses yang betul dan selaras dengan keperluan Akta 172 dan Kaedah-Kaedah Rancangan Tempatan (Negeri Perak) 2024 telah diwartakan pada 6 Jun 2024 yang mula berkuat kuasa pada tarikh penyiarannya dalam Warta.
Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih di atas penglibatan Phak Berkuasa Tempatan, agensi/jabatan teknikal serta wakil daripada PLANMalaysia Perak sendiri yang telah membincangkan panduan pelaksanaan RT Pengubahan agar satu panduan pelaksanaan yang berdaya laksana dapat disediakan dan mengambil kira sepenuhnya pendapat-pendapat pihak berkepentingan seperti yang telah dibincangkan semasa bengkel ini.