Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pulau Pangkor, Perak

 
Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pulau Pangkor, Perak-Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal bil 3/2023 Peringkat Laporan Draf Akhir
 
IPOH, 6 September 2023 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal bil 3/2023 bagi Laporan Draf Akhir RKK Pulau Pangkor di MH Hotel Perak.
Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan dan memperakukan laporan akhir yang merangkumi penemuan sektoral, halatuju pembangunan dan pelan tindakan pembangunan & pengurusan di Pulau Pangkor.
 
Mesyuarat ini di pengerusikan oleh Gs Mohamed Zamri bin Mohd Zain , Pengarah PLANMalaysia Perak bersama pihak perunding dan pasukan kajian meliputi Pejabat Projek Zon Tengah, Majlis Perbandaran Manjung serta agensi kerajaan di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah Negeri Perak.
 

Cetak   Emel