PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS TAMAN NEGERI ROYAL BELUM, PERAK

Image

Sukacita dimaklumkan bahawa sebagaimana keperluan di bawah Subseksyen 13(1) dan 13(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], laporan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Taman Negeri Royal Belum, Perak telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam bermula 2 Mei 2023 hingga 31 Mei 2023.

Draf RKK Taman Negeri Royal Belum, Perak disediakan mengikut peruntukan di bawah seksyen 16B, Akta 172 yang juga berfungsi sebagai pelan pengurusan pemuliharaan. Kawasan RKK ini meliputi keseluruhan Taman Negeri Royal Belum yang berkeluasan 128,272 hektar dan kawasan zon penampan seluas 259,160 hektar. Taman Negeri Royal Belum diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] pada tahun 2012 dan telah dimasukkan dalam Tentative List pencalonan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2017.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam yang akan diadakan selama empat (4) minggu ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap laporan Draf RKK tersebut terutamanya cadangan-cadangan pemeliharaan dan pemuliharaan di Taman Negeri Royal Belum dan kawasan zon penampan.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambah baik dokumen ini sebelum atau pada 31 Mei 2023.

Berikut adalah tarikh dan lokasi semakan dokumen bagi orang awam:

Tarikh : 2 Mei 2023 – 31 Mei 2023

Lokasi Semakan :

1. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak (PLANMalaysia@Perak)

2.Majlis Daerah Gerik

3. Jeti Awam Hentian Royal Belum Amnjaya, Pulau Banding, Gerik

Orang Awam Boleh Menghantar Borang Bantahan Awam seperti dibawah:

>>Download Borang Bantahan Awam 


Cetak   Emel