phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

SEJARAH PENUBUHAN

Sejarah

Pada tahun 1921, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dengan pelantikan En. Charles C. Reade, seorang pegawai berbangsa Inggeris, sebagai Pegawai Perancangan Kerajaan bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang meliputi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

 

Pada tahun 1929, Pejabat Perancang Bandar di Ipoh telah dibuka, namun terpaksa ditutup pada tahun 1933 akibat kesulitan kewangan. Pada ketika itu, perancangan bandar hanya dijalankan bagi bandar-bandar seperti Ipoh, Taiping, Kuala Kangsar dan Teluk Intan. Peranannya ketika itu hanyalah menyediakan kemudahan jalan perhubungan serta merancang penempatan secara ringkas dan kecil-kecilan. Pada 10 April 1931, pelan bandar bagi Bandar Ipoh telah diwartakan sebagai “Ipoh (Kinta) Town Plan B3” atau lebih dikenali sebagai Pelan B3.

 

Pada 1 Jun 1956, Pejabat Perancang Bandar dan Wilayah bagi Negeri Perak telah ditubuhkan dengan keanggotaan seramai tujuh orang yang diketuai oleh Encik F. Watkinson dan beroperasi di Bangunan Dewan Bandaran Ipoh. Pada 1 Januari 1959 pula, Jabatan Perancang Bandar dan Kampung Negeri Perak diwujudkan di bawah kepimpinan Encik David Allen Aitken, dengan perkhidmatannya diperluaskan ke seluruh Negeri Perak.

 

Ketua jabatan silih berganti bagi tahun-tahun berikutnya, diterajui oleh YM Raja Mohd Ali (1962–1967), Encik Soo Kim Choon (1968–1969), Encik Fong Chek Sam (1969–1977), YBhg. Dato’ Wan Mohammad Mokhtar bin Mohd Noor (1977–1993), YBhg. Dato’ Yaacob bin Nordin (1994–2005), YBhg. Dato’ Dr. Dolbani bin Mijan (2007–2014), YBrs. Puan Hajah Rohani binti Md Hashim (2014–2019), YBrs. TPr Jasmiah binti Ismail (2019–2021), YBrs. Puan Hajah Asni binti Mustafa (2021–2022), dan yang terkini ialah YBhg. Dato’ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain yang mula menerajui jabatan pada tahun 2022 sehingga kini.

Image

SEJARAH LOKASI PEJABAT JPBD PERAK

1956

Dewan Bandaraya Ipoh

1956 – 1966 (Apr)

Bangunan Kinta Trader No. 45 – 47, Jalan Bijih Timah Ipoh

1966 (Jun) – 1970 (Mei)

Bangunan Koperasi 111, Jalan Dato’ Onn Jaafar Ipoh

1970 (Jun) – 2003

Tingkat 7, Bangunan Seri Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Ipoh

2004 – Kini

Tingkat 3 & 7, Bangunan Seri Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Ipoh

Warga jabatan telah meningkat kepada 20 orang pada tahun 1970, 53 orang pada tahun 1996 dan sehingga kini (2026), jabatan telah mempunyai 89 perjawatan termasuk satu (1) jawatan MySTEP. Pertambahan tenaga kerja ini adalah sejajar dengan keperluan semasa serta cabaran kepesatan pembangunan yang dihadapi oleh Negeri Perak, khususnya dalam aspek perancangan bandar dan desa.

Justeru itu, peranan jabatan terus diperluaskan sebagai penasihat utama kepada Kerajaan Negeri dalam hal ehwal perancangan fizikal, penggunaan tanah serta pemuliharaan kawasan bandar dan desa. Jabatan ini memastikan pembangunan dilaksanakan secara terancang melalui penyediaan pelan pembangunan, pematuhan terhadap Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), serta penyelarasan perancangan fizikal.

fbigyttt