Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi dan Cerun (JTTTC) Negeri Perak

1 Pengenalan
2 Fungsi Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi Dan Cerun Negeri Perak
3 Keahlian Jawatankuasa Teknikal Tanah  Tinggi Dan Cerun Negeri Perak
4 Asas Pertimbangan Kelulusan
5 Carta Alir Tatacara Permohonan
6 Senarai Semak Permohonan
7 Cadangan Senarai Semak Umum

PENGENALAN

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Bil.1622 pada 19 Mei 2010 telah meluluskan cadangan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi dan Cerun Negeri Perak iaitu selaras dengan kelulusan terhadap pemakaian Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi Negeri Perak oleh semua pihak Berkuasa Perancangan Tempatan di Negeri Perak.

Penubuhan Jwatankuasa ini adalah sebagai pemudah cara bagi mempertimbangkan permohonan-permohonan  yang melibatkan pembangunan di kawasan kelas III.

Panduan ini disediakan bagi menjelaskan proses dan tatacara pemprosesan permohonan di kawasan berkecerunan kelas III melalui pertimbangan ahli Jawatankuasa Teknikal Tanah Tingggi dan Cerun Negeri Perak yang telah dilantik.

Secara ringkasnya kandungan pemakaian tatacara ini merangkumi aspek-aspek berikut:-
 

  1. Fungsi, peranan dan keahlian Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi Dan Cerun Negeri Perak.
  2. Tatacara pemprosesan permohonan di kawasan bukit dan tanah tinggi yang melibatkan kawasan berkecerunan kelas III.

FUNGSI JTTTCP

  1. Fungsi dan Tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi dan Cerun Negeri Perak (JTTTCP) :-
  2. Membuat keputusan / nasihat mengenai had Pembangunan yang boleh dilaksanakan.
  3. Menilai pelan susunatur, Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) pelan kerja tanah, Laporan Penyiasatan Geoteknikal dan Analisis kestabilan cerun, Laporan Saliran dan Pengairan, Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan Lain – lain Laporan yang  berkaitan permohonan yang melibatkan kawasan berkecurunan kelas III dan IV.
  4. Mengadakan Lawatan Tapak bagi menilai permohonan
  5. Mengemukakan syor-syor berkaitan pembangunan tanah tinggi kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri atau Pihak Berkuasa Negeri
  6. Mengemukakan keputusan syor-syor kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.
  7. Pelaporan akan dikemukan kepada Jawatankuasa Tetap Perancangan Negeri dan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah setiap bulan atau berdasarkan semasa arahan Jawatankuasa (JTTTCP).

KEAHLIAN JTTTCP

Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi dan Cerun Negeri Perak yang di tubuhkan akan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Perrak Darul Ridzuan. JPBD Perak bertrindak sebagai urusetia bagi organisasi Jawatankuasa ini.

Keahlian Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi dan Cerun Negeri Perak adalah seperti berikut:-

BIL AHLI JAWATANKUASA TANAH TINGGI DAN CERUN NEGERI PERAK JAWATAN
1 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar,
Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak Darul Ridzuan.
Pengerusi
2 Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Ahli
3 Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Ahli
4 Yang Di Pertua PBT berkaitan Ahli
5 Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Ahli
6 Pengarah JabatanKerja Raya Ahli
7 Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Ahli
8 Pengarah Jabatan Alam Sekitar Ahli
9 Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Ahli
10 Pengarah Jabatan Perhutanan Ahli
11 Pengarah Jabatan Pertanian Ahli
12 Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd. Ahli
13 Bahagian Perancangan Korporat, JPBD Negeri Perak Setiausaha

ASAS PERTIMBANGAN KELULUSAN

1.    Pematuhan Penilaian Laporan – Laporan berikut :-

i.      Pelan Susunatur, Laporan –laporan Pemajuan (LCP) perlu mengandungi analisis kecerunan dan peta kesesuaian
        pembangunan
ii.     Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA)
iii.    Laporan Kajian Geoteknikal
iv.    Pemetaan  Geologi Terrain
v.     Pemetaan Geobencana (Hazard Map)
vi.    Laporan Pelan Kawalan Mendapan Dan Hakisan (ESCP)
vii.   Laporan Rekabentuk Sistem Saliran berdasarkan Manual Saliran Mesra Alam (MASMA)
viii.   Pelan Kerja Tanah
ix.    Traffic Impact Assesment (TIA)

2.     Kawasan Cerun buatan manusia (man-made slope) dan Kawasan kacau ganggu, (disturb area) perlu menjalankan kerja kerja pemuliharaan dan penstabilan ke atas cerun-cerun dan merujuk kepada pertimbanganJawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi danCerun Negeri Perak.

3.     Pembangunan yang boleh dilaksanakan di kawasan tanah  tinggi danberbukit adalah tertakluk pada empat (4) komponen utama iaitu :

i.       Zon perancangan yang telah ditentukan oleh Rancangan Tempatan atau Rancangan Kawasn Khas berkaitan
ii.      Kelas kegunaan tanah mengikut Rancangan Tempatan atau Rancangan Kawasan Khas berkaitan;
iii.     Intensiti pembangunan yang meliputi densiti, ketinggian, bilangan tingkat,kawasan plinth dan nisbah plot;  
iv.     Semua syarat – syarat berkaitan yang dikeluarkan oleh agensi Teknikal berkaitan hendaklah dipatuhi

 

CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN (PERMOHONAN BARU – TIDAK MELALUI PROSEDUR KM OSC) MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL TANAH TINGGI DAN CERUN (JTTTC) NEGERI PERAK

SENARAI SEMAK PEMOHONAN

BIL PERKARA JUMLAH DIPERLUKAN MEMATUHI
1. Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) (mengandungi analisa kecerunan dan peta kesesuaian pembangunan
i.Pelan Berskala A3 Berwarna mengikut piawaan perancangan
ii.Tajuk Cadangan Pemajuan (sama dengan borang dan surat permohonan)
iii.Jadual gunatanah (petunjuk)
iv.Skala Pelan Pembangunan
v.Disahkan oleh Jururancang yang Bertauliah
vi.Pelan Susunatur yang mempunyai kontur
vii.Menunjukkan Anjakan Bangunan, Ukuran anjakan dan rezab-rezab
viii.Jalan masuk dan keluar Pelan Susunatur (skala bersesuaian)
 
2.

Ulasan –ulasan daripada Jabatan-jabatan Teknikal berkaitan :

i.Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
ii.Jabatan Mineral & Geosains
iii.Pejabat Tanah & Galian
iv.Jabatan Alam Sekitar
v.Jabatan Pengairan & Saliran
vi.Jabatan Kerja Raya vii.Pejabat Tanah Daerah
viii.Jabatan Perkhidmatan Dan Pembentungan
ix.Perbadanan Bekalan Air
x.Tenaga Nasional Berhad
xi.IKRAM Sdn. Bhd.
xii.Jabatan Teknikal Dalaman PBT
(Jabatan Landskap, Jabatan,  Kejuruteraan,Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bangunan)

xiii.Jabatan/Agensi teknikal lain – lain berkaitan:
.......................................................... .......................................................... ..........................................................       

 
3. Permetaan Geologi Terrain  
4. Laporan Kajian Geoteknikal  
5. Pemetaan Geobencana (Hazard Map)  
6. Pelan Kerja Tanah  
7. Laporan Pelan Kawalan Mendapan Dan Hakisan (ESCP)  
8. Laporan Sokongan (Jika Perlu)
i. Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).
ii. Laporan Penilaian Kesan Sosial (SIA)
iii. Laporan Rekabentuk Sistem Saliran berdasarkan Manual Saliran Mesra Alam (MASMA)
iv. Laporan Traffic Impact Assesment (TIA)
v. EMP bagi pembangunan yang kurang dari 20 hektar.
 
9.

Salinan softcopy dalam bentuk Cakera padat mengandungi :
i. Pelan Susunatur Perancangan ( Format AutoCAD Drawing (*.dwg)
a.Unjuran – ”cassini Projection”
b.Unit Skil 1:1
c.Mengandungi titik koordinat sebenar (Real Coordinate)

ii.Foto Tapak

 

SENARAI SEMAK UMUM

Laporan yang Diperlukan Untuk Pertimbangan Jawatankuasa JABATAN DAN AGENSI
JPBD PBT PDT JKR CERUN JKR JPS JAS JMG UPEN JAB PERHUTANAN JAB. PERTANIAN IKRAM URUSETIA JUMLAH
1 Pelan Susunatur 2 4 1 3 1 3 2 1 1 1 1 1 1 22
2

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) mengandungi analisis :-

i. Kecerunan
ii. Peta Kesesuaian Pembangunan
iii. Impak Kemajuan kepada Tapak dan Sekitar
iv. Langkah-Langkah Perlindungan dan Memperelok Cerun dan Struktur Tanah
v. Langkah-Langkah Perlindungan Landskap, Flora dan Fauna

1 1 2 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 14
3 Pemetaan Geologi Cerun 1 1   1 1             1 1 5
4 Laporan Kajian Geoteknikal   1   1 1 1 1 1       1 1 8
5 Pemetaan Geobencana (Hazard Map)       1 1   1         1 1 5
6 Pelan Kerja Tanah 1 1   1 1 2 1 1         1 9
7 Laporan Pelan Kawasan Mendapan dan Hakisan (ESCP) 1 1   1 1 2 1 1         1 9
8 Laporan Penilaian Kesan Sosial (SIA)   1                     1 2
9 Laporan Rekabentuk SIstem Saliran Berdasarkan Manual Saliran Mesra Alam (MASMA)   1       2 1         1 1 6
10 Laporan Impak Trafik (TIA)   1     1               1 3

 


Cetak   Emel