phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

KES-KES YANG BOLEH DIRAYU

KES YANG BOLEH DIRAYU

  • Seksyen 23 (1) (a)

Rayuan oleh pemohon pemajuan terhadap keputusan PBPT sama ada permohonan ditolak atau merayu terhadap syarat-syarat yang dikenakan.

  • Seksyen 23 (1) (b)

Rayuan oleh seseorang yang telah membuat bantahan ke atas keputusan PBPT.

  • Seksyen 25 (9)

         Terkilan terhadap pembayaran balik/ pampasan yang ditawarkan oleh PBPT hasil daripada penarikan balik atau pengubahsuaian kebenaran merancang.

  • Seksyen 30 (2)

Terkilan dengan notis permintaan oleh Majlis untuk:

  • Menghentikan penggunaan tanah;
  • Mengenakan syarat-syarat bagi penggunaan tanah; dan
  • Meminta langkah-langkah tertentu diambil.
  • Seksyen 30 (7)

         Terkilan dengan amaun pampasan yang ditawarkan oleh PBPT.

6.      Seksyen 35C

         Terkilan dengan perintah pemeliharaan pokok.

7.      Seksyen 35D

        Tidak berpuashati dengan amaun pampasan yang diawardkan ke atas sesuatu perintah pemeliharaan pokok.

8.      Seksyen 35E

         Tertakluk dengan:

  • Penolakan permohonan untuk mengenepikan keperluan menggantikan pokok-pokok;
  • Mana-mana perintah yang diberikan;
  • Mana-mana terma atau syarat yang dikenakan; dan
  • Penolakan lanjutan masa bagi menggantikan pokok.

 

KOMPILASI KEPUTUSAN KES-KES LEMBAGA RAYUAN NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2021

>>SILA KLIK UNTUK MELIHAT DETAILS KES-KES LEMBAGA RAYUAN

 

Kebenaran Merancang (KM)

Kebenaran Merancang (KM)

Tafsiran Kebenaran Merancang

Merujuk kepada subseksyen 2(1), Akta 172, kebenaran merancang ditakrifkan sebagai ‘kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan’. “Menjalankan pemajuan” disini bermaksud, sebarang tindakan pembangunan termasuk kerja-kerja yang memerlukan kelulusan di bawah lain-lain Akta.

Istilah “pemajuan” merujuk kepada subseksyen 2(1), Akta 172 ertinya menjalankan apa-apa kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian, atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di sebelah atas atau di bawah tanah, membuat apa-apa perubahan material mengenai penggunaan mana-mana tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian daripadanya, atau memecah sempadan atau mencantumkan tanah; dan “memajukan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

Larangan Mengenai Pemajuan Tanpa Kebenaran Merancang

Keperluan bagi mendapat Kebenaran Merancang adalah diperuntukkan di bawah Seksyen 19(1), Akta 172 iaitu :-

“Tiada seorang pun, lain daripada pihak berkuasa tempatan, boleh memula, mengusaha atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan ebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah iberikan kepadanya di bawah Seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah Seksyen 24(3)”.

Semua pemajuan hendaklah memperolehi kelulusan kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan. Jika pemajuan dijalankan tanpa kebenaran merancang atau pemajuan dijalankan berlawanan dengan kebenaran merancang, pemunya boleh disabitkan kesalahan di bawah Sekyen 27 dan Seksyen 28 Akta 172. Hukuman yang boleh dikenakan adalah mengikut Subseksyen 26(1), iaitu denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kebenaran Merancang yang Perlu Dirujuk kepada Jawatankuasa Perancang Negeri Seterusnya kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) untuk Mendapat Nasihat Mengikut Peruntukan Subseksyen 22(2A), Akta 172

  • Pembangunan perbandaran baru bagi penduduk yang melebihi sepuluh ribu (10,000 orang) atau meliputi suatu kawasan yang melebihi seratus (100 hektar) hektar atau kedua-duanya.

2. Sesuatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastuktur atau kemudahan utama, termasuk :-

a) Kerja-kerja infrastruktur negara seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan keretapi dan lebuhraya, dan

b)   Kerja-kerja kemudahan negara seperti pembinaan empangan, stesen janakuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksid.

3. Sesuatu pemajuan yang melibatkan kawasan di puncak atau lereng bukit, dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan sensitif alam sekitar dalam sesuatu rancangan pemajuan.

Pihak Berkuasa Perancang Tempatan akan merujuk kepada Jawatankuasa Perancang Negeri dan seterusnya Jawatankuasa perlu merujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara untuk mendapatkan nasihat dan pandangan sebelum membuat keputusan terhadap sesuatu permohonan yang dikemukakan.

Garis Panduan

Senarai Muka Depan Garis Panduan Yang Terkini

 

1. GPP Pembangunan dan Pengurusan Kawasan Berisiko Bencana Gempa Bumi

GPP Pembangunan dan Pengurusan Kawasan Berisiko Bencana Gempa Bumi

 

2.GPP Skim Perumahan Komuniti Strata

GPP Skim Perumahan Komuniti Strata

 

3.GPP Skim Perumahan Komuniti Strata

GPP Skim Komuniti Berpengawal

4.GPP Bandar Berdaya Tahan Bencana Di Malaysia

GPP Bandar Berdaya Tahan Bencana Di Malaysia

5.GPP Laluan Kenderaan Mikrobiliti

GPP Laluan Kenderaan Mikrobiliti

6.GPP Penginapan Pekerja

GPP Penginapan Pekerja

7.GPP Rumah Ibadat Islam

GPP Rumah Ibadat Islam

8.GPP Tanah Perkuburan Islam

GPP Tanah Perkuburan Islam

9.GPP Ladang Penternakan Ayam

GPP Ladang Penternakan Ayam

10.GPP Tanah Bawah Tanah

GPP Tanah Bawah Tanah

11.GPP Bandar Diraja

GPP Bandar Diraja

12.GPP Ladang Solar Negeri Perak (Pindaan 2024)

GPP Ladang Solar Negeri Perak Pindaan 2024

13.GPP Pertak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB)

GPP Pertak Pengecasan Kenderaan Elektrik EVCB

14.GPP Kemudahan Masyakat

GPP Kemudahan Masyakat

15.GPP Perumahan Negeri Perak 2023

GPP Perumahan Negeri Perak 2023

16.GPP Kebenaran Merancang Bagi Kerja Kejuruteraan

GPP Kebenaran Merancang Bagi Kerja Kejuruteraan

17.GPP Kawasan Lapang

GPP Kawasan Lapang

18.GPP Bangunan Becampur Menegak (Vertical) di Zon Komersial

GPP Bangunan Becampur Menegak Vertical di Zon Komersial

 

 

 

KEAHLIAN JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI PERAK

KEAHLIAN JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI

 

Bil.

Jawatan

Keahlian

Nama

1.     

Menteri Besar

Pengerusi

YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad

  

2.     

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan

Timbalan Pengerusi

YB Dato' Nolee Ashilin binti Dato' Mohammed Radzi

 

3.     

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna

Ahli

YB Dato’ Haji Zainol Fadzi bin Paharuddin

 

4.     

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam.

Ahli

YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly bin Harun

5.     

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor

Ahli

YB Dato’ Shahrul Zaman bin Yahya

 

6.     

Setiausaha Kerajaan Negeri

Ahli

 

7.     

Pengarah PLANMalaysia@Perak

Setiausaha

 

8.     

Pegawai Kewangan Negeri

Ahli

 

9.     

Penasihat Undang-Undang Negeri

Ahli

 

10.  

Pengarah Tanah dan Galian

Ahli

 

11.  

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri

Ahli

 

12.  

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri

Ahli

 

13.  

Pengarah Kerja Raya Negeri

Ahli

 

14.  

Pegawai Kemajuan Negeri

Ahli

 

15.  

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri

Ahli

 

16.  

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains

Ahli

 

17.  

Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan

Ahli

 

Sub-kategori

fbigyttt