IPOH, 28 Januari 2026 โSatu mesyuarat Rundingan Negeri Berjiran bagi Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Royal Belum, PLANMalaysia Perak yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak.
Mesyuarat Rundingan Negeri Berjiran pada hari ini dilaksanakan selaras dengan keperluan subseksyen 7(4), Akta 172 yang memperuntukkan fungsi dan peranan Pengarah PLANMalaysia Negeri untuk berunding dengan Pengarah PLANMalaysia mana mana Negeri yang lain berkenaan perkara yang berhubungan dengan kawasan negeri yang lain itu yang dijangka akan menyentuh pemajuan dan perancangan pemajuan di negeri itu.
Mesyuarat ini melibatkan UPEN Negeri, PLANMalaysia Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Pahang dan Kelantan. Turut serta adalah Pejabat Projek Zon Tengah selaku Pengurus Projek, Pasukan Perunding Peers Consult (M), wakil jabatan / agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri.