phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERAK 2040 (Kajian Semula)

rsn2026

 

๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—จ๐—ž๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฐ๐Ÿฌ (๐—ž๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ)

IPOH, 28 Januari 2026 โ€“Satu mesyuarat Rundingan Negeri Berjiran bagi Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Royal Belum, PLANMalaysia Perak yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak.

Mesyuarat Rundingan Negeri Berjiran pada hari ini dilaksanakan selaras dengan keperluan subseksyen 7(4), Akta 172 yang memperuntukkan fungsi dan peranan Pengarah PLANMalaysia Negeri untuk berunding dengan Pengarah PLANMalaysia mana mana Negeri yang lain berkenaan perkara yang berhubungan dengan kawasan negeri yang lain itu yang dijangka akan menyentuh pemajuan dan perancangan pemajuan di negeri itu.

Mesyuarat ini melibatkan UPEN Negeri, PLANMalaysia Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Pahang dan Kelantan. Turut serta adalah Pejabat Projek Zon Tengah selaku Pengurus Projek, Pasukan Perunding Peers Consult (M), wakil jabatan / agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri.

#PerakSejahtera2030

#PLANMalaysia

#planmalaysiaperak

 

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

Threads: /https://www.threads.net/@planmalaysia_perak

fbigyttt