Mesyuarat Pegawai-Pegawai Perancang Bandar Dan Desa (J41&J44) Kali Ke-4 pada 11-14 Ogos 2014

Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia rasmi Mesyuarat Pegawai Perancang Kali Ke-4Mesyuarat yang diadakan dwi tahunan ini telah diadakan di Hotel Syeun, Ipoh. Seramai kira-kira 200 orang pegawai perancang Bandar dan desa  daripada JPBD Semenanjung Malaysia, JPBD Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pusat Setempat (OSC) terlibat dalam mesyuarat ini.

 

Mesyuarat kali keempat ini bertemakan ’Urban Revitalization Through Brownfield Development’ telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia, Ybhg Dr Dahlia Bt Rosly.

Kerajaan negeri Perak turut meraikan ahli-ahli mesyuarat dalam satu majlis makan malam bersempena berlangsungnya mesyuarat ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Perak iaitu Dato' Saarani Mohamad mewakili YAB Menteri Besar Perak telah sudi hadir ke majlis ini.

Ahli mesyuarat juga dibawa melawat ke beberapa tempat di Perak bagi bertukar-tukar idea selaras dengan tema mesyuarat kali ini.

KP JPBD SM (kiri) menghadiahkan buku kepada YAB MB Perak Sesi perbincangan antara YAB MB Perak bersama KP JPBD SM
Ybhg Dr Dahlia Bt Rosly, Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia menyampaikan cenderahati kepada Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir  Y.A.B Menteri Besar Perak  Ybhg Dr Dahlia Bt Rosly, Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia sedang berbincang sesuatu bersama Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir  Y.A.B Menteri Besar Perak 


Ybhg Dr Dahlia Bt Rosly, Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia turut mengadakan kunjungan hormat beliau kepada Y.A.B Menteri Besar Perak pada 13 Ogos 2014. Selain itu, beliau juga sempat meluangkan masa melawat JPBD Perak pada 14 Ogos 2014. Lawatan ini merupakan lawatan sulung beliau sebagai Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia dan merupakan lawatan ketiga beliau ke JPBD negeri.


Cetak   Emel