Majlis Jasamu Dikenang 2014 Dan Anugerah Kecemerlangan Warga 2013

IPOH 8/4/2014 bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Bangunan Seri Perak, telah berlangsung Majlis Jasamu Dikenang 2014 Dan Anugerah Kecemerlangan Warga 2013. Majlis telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato' DR. Dolbani B Mijan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPBD Semenanjung Malaysia.

Dalam ucapan perasmian, Y. Bhg. Dato’ merakamkan ucapan tahniah kepada semua warga yang berjaya dan mengharapkan agar penerima anugerah terus komited dan meningkatkan prestasi kerja dari masa ke semasa demi menaikkan imej JPBD. Selain itu, beliau turut menyatakan kerajaan kini sedang gigih membentuk perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi dan berinovasi kerana rakyat Malaysia semakin peka, berpendidikan tinggi dan mempunyai ekspektasi yang tinggi terhadap sistem penyampaian kerajaan.

Y. Berusaha Encik Zainuddin bin Nali, Ketua Penolong Pengarah JPBD Perak Darul Ridzuan pula menyatakan penghargaan yang diberikan dalam majlis ini merupakan terjemahan refleksi terhadap usaha gigih dan keringat semua penerima khasnya. Beliau juga berharap semua warga sentiasa berusaha dan tidak jemu mencipta kejayaan yang gemilang supaya kecemerlangan sentiasa dapat diraikan bersama dan penjawat awam merupakan amanah dan barisan hadapan perkhidmatan awam.

Dalam majlis ini seramai lapan orang warga telah menerima penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlangan Tahun 2013 iaitu:-
1.    Encik Hazman B Mohd Hanif – Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17,
2.    Puan Nur Faiza Bt Ghazali – Pelukis Pelan Gred J17,
3.    Encik Mohd Fairos B Mohd Tajudin - Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29,
4.    Encik Asmadi B Ishak - Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29,
5.    Puan Salasiah Bt Jamaluddin - Pelukis Pelan Gred JA17,
6.    Puan Muhainawati Bt Mohamad - Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29,
7.    Puan Ismaliza Bt Isa - Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29,
8.    Encik Mohd Hafiz Bin Mohd Ghazali - Juruteknik Komputer Gred FT17.

Dalam majlis ini, dua orang warga jabatan yang telah bersara turut diraikan iaitu Puan Rosni binti Ismail Pelukis Pelan J17 dan Puan Anapuruny a/p Kanniah Pembantu Tadbir N22 (KUP). Penghargaan juga diberikan kepada warga yang telah berkhidmat melebihi 30 tahun iaitu Encik Zainuddin bin Nali, Datin Norhamar binti Ayub dan Encik Baharuddin bin Tahir .  Selain itu, Jabatan turut memberi Penghargaan Khas iaitu Anugerah Inovasi kepada Pn. Mazwin binti Mohamed Noor, Anugerah Kreatif kepada Encik Yazid bin Shareat dan Anugerah Integriti kepada En Mazlan bin Man serta Encik Shafrizan bin Mohd Amin.  Seramai 7 orang warga jabatan telah menerima Anugerah Bebas MC bagi tahun 2013 iaitu Encik Mohamad Sabri bin Ahmad, Encik Abdul Rahim Syah bin Khalib, Encik Izham bin Barahim, Encik Norhisham bin Baharom, Encik Mazlan bin Man, Pn. Norziah binti Noordin dan Encik Ahmad Saufi bin Abdul Hamid.

Bagi menghargai kecemerlangan anak-anak warga jabatan dalam UPSR, PMR dan SPM, Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUBA) telah memberi sumbangan kepada mereka. Selain itu, Anugerah Karektor Popular (lelaki dan perempuan) yang telah diundi oleh ahli kelab turut disampaikan iaitu bagi Anugerah Paling Ringan Tulang 2013, Ahli Paling Ramah 2013, Ahli Paling Bergaya 2013, Mr and Mrs. Alvin 2013, Ahli Paling Cergas 2013, Ahli Paling Disenangi 2013, Ahli Paling Ceria 2013 dan Anugerah Cemerlang Emas dan Perak 2013.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari kepada semua jemputan. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.


Cetak   Emel