Perhimpunan Bulanan Ke arah Perkhidmatan Cemerlang Bil 1/2014

Pengarah JPBD Perak sedang memberi amanat kepada semua warga JPBD Perak16/1/2013 Perhimpunan ini dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik dan diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya Y. Bhg Dato' DR Dolbani Mijan, Pengarah JPBD Perak menyampaikan perutusan awal tahun pengarah kepada warga JPBD Perak.

Pengarah merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan semua warga JPBD Perak dalam melaksanakan tugas dengan penuh komitmen dan jayanya sepanjang tahun 2013. Menjadi Pengarah semenjak 7 tahun lalu beliau terus mengajak semua lapisan warga JPBD Perak untuk bersama-sama beliau mengorak langkah gigih bekerja untuk mentransformasi JPBD Perak dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ke arah “Memperjuangkan Perancangan Perak Mampan” serta seiring dengan aspirasi dan wawasan Kerajaan Malaysia untuk menjadi Negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang Tahun 2020.
 
Beliau mengalu-alukan seramai 9 orang warga baru jabatan serta merakamkan penghargaan kepada warga yang telah bertukar atau bersara. Beliau turut merakam ucapan tahniah kepada warga yang mendapat kenaikan pangkat. Beliau turut mengimbas semula beberapa kejayaan yang dicapai sepanjang tahun 2013.
 
 
 
Perhimpunan kali ini diadakan bersekali dengan majlis pertukaran bagi menghargai warga jabatan iaitu En Zulkarnaen Said yang bertukar ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak.
 
Majlis ini turut diisi dengan penyampaian Employee of the Month’ bagi tempoh Oktober-Disember 2013 kepada Puan Muhainawati dan penyampaian sijil kepada peserta Kursus Audit Dalam dan penyampaian cenderhati kepada warga yang hadir penuh Majlis Ilmu Jabatan dan warga yang memimpin bacaan yasin.
 
Muhainawati Empolyee of the Month Perhimpunan Bulanan 1 2014
Pn. Muhainawati 'Employee of the Month' bagi tempoh Oktober-Disember 2013 Warga JPBD Perak yang menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2014
 
Pada perhimpunan ini tagline jabatan untuk tahun 2014 diperkenalkan iaitu Do Only The Right Thing Buat Hanya Yang Betul -  betulkan yang biasa, biasakan yang betul.
 
 

Cetak   Emel