Viaduct Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) Hutan Simpan Amanjaya Dirasmi

Gerik 22 SEP Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli merasmikan Viaduct Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) Hutan Simpan Amanjaya dan Tapak Projek Tropical Rainforest Living Collection Banun (TRLC-Banun).

Baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Menteri Besar, YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hanim Samuri, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah.

Pentas Perasmian Viaduct Gerik Viaduct Gerik
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan jambatan viaduct KM 147 Gerik oleh Jambatan viaduct KM 147 Gerik

Jambatan viaduct di KM 147 Gerik ini merupakan antara kejayaan pelaksanaan Pelan Induk Koridor Central Forest Spine (CFS) yang dimulakan peringkat awal oleh JPBD SM seterusnya direalisasikan oleh Jabatan Hutan Negeri Perak dan pelbagai agensi lain berkaitan.


Pada majlis tersebut juga, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah dipersembahkan dengan naskah 'Coffee Table Book' Sejarah Perancangan Bandar oleh Pengarah JPBD Perak iaitu semasa baginda mencemar duli melawat 'booth' JPBD Perak.

Sembah Taklimat Central Forest Spine kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Persembah Buku Coffeetable Pekan Kecil kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mencemar duli ke booth JPBD Perak mendengar taklimat berkaitan Central Forest Spine sambil diiringi oleh Raja Permaisuri Perak dan YAB Menteri Besar Perak
Persembah Buku Coffeetable Pekan Kecil kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Foto 2 Penyampaian Buku Coffeetable Pekan Kecil kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi
Baginda dipersembahkan dengan 'coffeetable book' Sejarah Perancangan Pekan-Pekan Kecil Negeri Perak terbitan JPBD Perak Tun Abdullah Badawi turut dihadiahkan dengan 'coffeetable book' Sejarah Perancangan Pekan-Pekan Kecil Negeri Perak terbitan JPBD Perak oleh Cik Rohani Md. Hashim Pengarah JPBD Perak

Cetak   Emel