Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Perak Bil 2/2015

IPOH 23 JUN YAB Menteri Perak telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Perak Bil 2/2015 di Bilik Gerakan Negeri Perak. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Pegawai-Pegawai Daerah, Yang Di Pertua PBT, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri yang berkaitan serta pembentang-pembentang kertas kerja.

 

Mesyuarat didahului dengan pembentangan Pembangunan dan Perlaksanaan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-PLAN) oleh Dr. Shamsaini Binti Shamsuddin selaku Pengarah Bhgn. Maklumat Gunatanah Negara,JPBD SM. Seterusnya pembentangan Terma Rujukan Kajian Rancangan Tempatan Daerah Selama 2030 (Penggantian) oleh Dr. Noor Yazan Bin Zainol iaitu Pengurus Projek daripada Pejabat Projek Zon Tengah, JPBD SM.
 
YAB Menteri Perak telah menyampaikan amanat beliau berkaitan peranan semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan pembangunan yang telah dirancang.
 
Pelbagai isu telah dibangkitkan dan beberapa keputusan dan arahan telah dihasilkan pada mesyuarat kali ini.
 
 
Selain itu, sebanyak 7 kertas kerja dibentangkan untuk makluman dan kelulusan mesyuarat ini. Kertas-kertas kerja yang telah dibentangkan ialah sperti berikut :-
 
  1. Cadangan Ikon Menarik Di Ipoh oleh En. Zulqarnain Bin Mohamad, Pengarah Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh;
  2. Cadangan Pindaan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, Akta 172 oleh En. Mohamad Sabri Bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, JPBD Perak
  3. Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2015 (Pengubahan 3) -BPK 3.3 : Seri Iskandar, Mukim Bota, Daerah Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan oleh Puan Asni Binti Mustafa, Timbalan Pengarah, JPBD Perak;
  4. Draf Rancangan Tempatan Daerah Kampar 2030 & Rancangan Tempatan Majlis Daerah Batu Gajah 2025 -Pemakluman Laporan Keputusan Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam (LKJSTP) -Kelulusan dan Pewartaan Draf RT Daerah Kampar 2030 dan RT Daerah Batu Gajah 2025 oleh Puan Asni Binti Mustafa, Timbalan Pengarah, JPBD Perak;
  5. Draf Rancangan Tempatan Daerah Kerian 2020 (Pengubahan) -Pemakluman Laporan Keputusan Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam (LKJSTP) -Kelulusan dan Pewartaan Draf RT Daerah Kerian 2015 (Pengubahan) oleh Puan Asni Binti Mustafa, Timbalan Pengarah, JPBD Perak;
  6. Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Perak 2015 (Pengubahan) -Pemakluman Laporan Publisiti dan Penyertaan Awam -Kelulusan dan Pewartaan Draf RT Daerah Hulu Perak 2015 (Pengubahan) oleh Puan Asni Binti Mustafa, Timbalan Pengarah, JPBD Perak;
  7. Draf Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak 2020 (Pengubahan) -Pemakluman Laporan Publisiti dan Penyertaan Awam -Kelulusan dan Pewartaan Draf RT Daerah Hilir Perak 2020 (Pengubahan) oleh Puan Asni Binti Mustafa, Timbalan Pengarah, JPBD Perak.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 2.15 petang.
 
 
 
 
 

Cetak   Emel