INISIATIF BANDAR LESTARI AIR (SPONGE CITY) BAGI MENANGANI BANJIR KILAT DI BANDAR
INISIATIF BANDAR LESTARI AIR (SPONGE CITY) BAGI MENANGANI BANJIR KILAT DI BANDAR
TAHUKAH ANDA ? | INISIATIF BANDAR LESTARI AIR (SPONGE CITY) BAGI MENANGANI BANJIR KILAT DI BANDAR
Banjir adalah bencana alam yang paling kerap melanda Malaysia. Di kalangan negara ASEAN, Malaysia mengalami kekerapan bencana banjir kedua tertinggi selepas Indonesia iaitu sebanyak 88 kali bagi tahun 2020 (ASEAN Risk Monitor and Disaster Management Review, 2020).
Malaysia perlu meningkatkan kesiapsiagaan terhadap bencana dan membina daya tahan terhadap perubahan iklim dengan kadar segera. Fenomena banjir, tanah runtuh, kemarau, hakisan pantai adalah antara bencana semula jadi yang sering mengakibatkan kerugian dan mengancam kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan berisiko tinggi.
9 Strategi pelaksanaan bandar lestari air bagi menangani masalah banjir kilat adalah:
Taman dan Padang sebagai Kawasan Tadahan Semula;
'Rain Garden and Bioswale';
Turapan Telap Air;
Sungai dan Koridor Hijau;
Bumbung Hijau (Green Roof);
Wetland Bandar;
Rangkaian Biru-Hijau;
Dasar dan Perancangan Bandar; dan
Caruman Pembangunan untuk Infrastruktur Air.
Tahun 2026, PLANMalaysia akan menyediakan satu Garis Panduan Perancangan Pelaksanaan Bandar Lestari Air (Sponge City) khusus bagi menangani banjir kilat di kawasan bandar. Ia akan turut menjadi panduan kepada semua agensi di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan dalam menangani dan menguruskan air larian perbandaran (urban storm water).
" Daripada Bandar Yang Menolak AIR , Kepada Bandar Yang Hidup Bersama AIR "