𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟 (𝗝𝗣𝗧) 𝗕𝗜𝗟𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗡𝗦𝗘𝗧𝗜𝗙 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 (𝗞𝗦𝗔𝗦) 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞
IPOH, 03 JUN 2026 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelerasan Teknikal (JPT) Bil2/2026 Bagi Kajian Pelan Pengurusan Kawasan Sensetif Alam Sekitar (KSAS) Negeri Perak telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Royal Belum, Tingkat 3, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak.
Tujuan mesyuarat hari ini bermatlamat mewujudkan satu kerangka pengurusan KSAS yang bersepadu, sistematik dan mampan bagi menyokong perancangan guna tanah, kawalan pembangunan dan pemuliharaan sumber alam sekitar negeri secara lebih berkesan dan berdaya tahan.
Selain itu, Pelan KSAS ini akan meneliti isu, penemuan serta cadangan awal berkaitan langkah-langkah pengurusan KSAS, termasuk aspek kawalan perancangan pembangunan yang bukan sahaja melibatkan pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, malah pemaju serta pihak-pihak berkepentingan yang lain bagi memastikan pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan dapat dilaksanakan secara berkesan.
Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil UPEN Negeri, wakil jabatan / agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan. Mesyuarat juga turut dihadiri Persatuan AKtivis Sahabat Alam (KUASA) dan Pasukan Perunding Peers Consult (M) Sdn. Bhd.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





