phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) RANGKAIAN EKOLOGI CENTRAL FOREST SPINE (CFS) A-PL2, DAERAH HULU PERAK

program publisitipenyertaan awamderaf rancangan kwsn khas 2035 hutan simpan pdg chong

 

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗗𝗥𝗔𝗙 𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 (𝗥𝗞𝗞) 𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗖𝗘𝗡𝗧𝗥𝗔𝗟 𝗙𝗢𝗥𝗘𝗦𝗧 𝗦𝗣𝗜𝗡𝗘 (𝗖𝗙𝗦) 𝗔-𝗣𝗟𝟮, 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

Perhatian kepada seluruh warga Perak, khususnya penduduk di sekitar Daerah Hulu Perak!

Dokumen Draf RKK Rangkaian Ekologi CFS A-PL2 kini sedia untuk semakan dan pemeriksaan anda. Program publisiti ini diadakan bagi memberi peluang kepada semua pihak berkepentingan dan orang awam untuk menyemak pelan dan mengemukakan cadangan, pandangan, atau bantahan.

Jom turun padang dan semak draf perancangan ini pada ketetapan berikut:

Tarikh Pameran: 22 April 2026 (Rabu) hingga 21 Mei 2026 (Khamis)

Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang (Hari Bekerja)

LOKASI PAMERAN FIZIKAL:

  1. Tingkat 7, PLANMalaysia Perak (Bangunan Seri Perak, Ipoh)
  2. Ruang Legar Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Perak
  3. Pejabat Majlis Daerah Pengkalan Hulu
  4. Pejabat Majlis Daerah Gerik
  5. Pejabat Daerah dan Tanah Pengkalan Hulu
  6. Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik

📝 CARA MENGHANTAR MAKLUM BALAS: Sebarang cadangan, sokongan, atau bantahan hendaklah dikemukakan menggunakan Borang Bantahan Awam sebelum atau pada 21 Mei 2026. Borang yang lengkap diisi boleh diserahkan secara terus di kaunter pameran, melalui pos, atau e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau menggunakan QR Code.

Jangan lepaskan peluang ini! Suara dan pandangan anda amat bermakna dalam membantu Kerajaan Negeri merangka perancangan yang terbaik demi mengatasi isu fragmentasi hutan, konflik manusia dan hidupan liar, guna tanah tidak seimbang serta kesedaran komuniti tentang pemuliharaan hutan dan hidupan liar di kawasan Rangkaian Ekologi CFS A-PL2.

Ayuh kongsikan hebahan ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda!

#PLANMalaysiaPerak #PublisitiAwam #RKKRECFSA-PL2 #HuluPerak #CentralForestSpine #PerakSejahtera2030 #SayangiHutan #AlamSekitar

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

Threads: https://www.threads.net/@planmalaysia_perak

 

fbigyttt