𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗛𝗬𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠 𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞
IPOH, 6 Mac 2026 – Jumaat lalu telah berlangsung Program Ihya Ramadan 1447H/2026M iaitu ceramah bertajuk “Pecutan Akhir Ramadan” yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Mohammad Kazim Elias Al Hafiz.
Program yang julung kali diadakan ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak yang dihadiri sebilangan warga jabatan di Bangunan Seri Perak, melibatkan agensi seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Pertanian.
Ceramah yang penuh pengisian rohani ini memberi penekanan kepada kepentingan memperbanyakkan amalan dan memanfaatkan peluang pada fasa akhir Ramadan sebagai medan meningkatkan ketakwaan serta memperkukuh hubungan dengan Allah SWT.
Program ini merupakan anjuran dan kelolaan bersama Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUBA) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan dan Bahagian Korporat PLANMalaysia Perak.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform memperkasa pengisian kerohanian dalam kalangan warga jabatan, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak





