phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

PROGRAM PUBLISITI AWAL DAN PERBINCANGAN KUMPULAN SASARAN KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MANJUNG 2040 (PENGGANTIAN)

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟒𝟎 (𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗧𝗜𝗔𝗡)

Manjung, 4 & 5 Mac 2026 – Satu Program Publisiti Awal dan Perbincangan Kumpulan Bersasar (FGD) Kajian Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2040 (Penggantian) telah diadakan di Ballroom Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung (MPM). Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua MPM.

Program yang berlangsung selama dua hari ini merupakan langkah permulaan dalam proses penyediaan Rancangan Tempatan (RT) Daerah Manjung 2040 (Penggantian). Program ini melibatkan sesi libat urus yang dihadiri pelbagai pihak dan agensi yang berkepentingan bagi berkongsi pandangan, pengalaman serta cadangan sebelum penyediaan draf yang lebih terperinci dilaksanakan nanti. RT Daerah Manjung 2040(Penggantian) merupakan dokumen strategik yang akan menyokong aspirasi MPM ke arah mencapai status bandar raya menjelang tahun 2030. Penekanan akan diberikan kepada pembangunan mampan dan rendah karbon, pendigitalan perkhidmatan melalui pelaksanaan smart governance, penyediaan infrastruktur moden serta sistem mobiliti yang cekap, di samping mewujudkan persekitaran bandar yang berdaya huni, inklusif dan sejahtera untuk semua lapisan masyarakat.

Majlis ini dihadiri oleh YB Puan Wong May Ing, ADUN Pantai Remis; YB Jason Ng Thien Yeong, ADUN Astaka; YB Komander (B) Nordin Ahmad Ismail, Ahli Parlimen Lumut; YB Encik Rosli Abd Rahman, ADUN Pasir Panjang; Tuan Haji Yahya bin Mat Nor, Pegawai Khas YAB Menteri Besar DUN Pasir Panjang; Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, wakil jabatan / agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan bersebelahan, Ahli-ahli Majlis, Pengerusi KRT, NGO serta lapisan pegawai MPM sendiri.

#PerakSejahtera2030

#PLANMalaysia

#planmalaysiaperak

#MajlisPerbandaranManjung

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

Threads: https://www.threads.net/@planmalaysia_perak

fbigyttt