phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

SESI LIBAT URUS PENYELARASAN PROSEDUR KEBENARAN MERANCANG, KAEDAH KAWAL SELIA PERANCANGAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚, 𝗞𝗔𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 (𝗥𝗠𝗥) 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔

- 𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗿𝗼𝘀𝗲𝗱𝘂𝗿 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗠𝗲𝘀𝗿𝗮 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 (𝗥𝗠𝗥): 𝗧𝗿𝗮𝗻𝘀𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗧𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝗨𝗿𝘂𝘀 𝗗𝗲𝗺𝗶 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸

IPOH, 2 Mac 2026 – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak (PLANMalaysia Perak) terus memperkukuh komitmen dalam memudah cara urusan pemilikan kediaman rakyat melalui penganjuran Sesi Libat Urus Penyelarasan Prosedur Kebenaran Merancang, Kaedah Kawal Selia Perancangan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB, Serta Pengecualian Mengemukakan Pelan Bangunan (Individu) Dan Sijil Siap Pematuhan (CCC) Di Negeri Perak. Program yang dilaksanakan bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ini berlangsung di Hotel Casuarina Meru semalam turut menyaksikan kehadiran Pengarah PLANMalaysia Perak, YBhg. Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri Bin Mohd Zain, bersama Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Tuan AR. Hj. Mohd Jamil bin Hj. Idris.

Sesi strategik ini melibatkan 34 wakil PBT serta agensi teknikal (IWK, LAP, dan TNB) bagi melaksanakan reformasi prosedur yang lebih seragam dan sistematik. Langkah ini bertujuan mempercepat proses kelulusan pembinaan RMR di Negeri Perak melalui kecekapan tadbir urus yang lebih jelas. Inisiatif ini merupakan manifestasi sokongan terhadap dasar Perak Sejahtera 2030 dalam menyediakan perumahan mampu milik dan membasmi kemiskinan tegar. Berteraskan prinsip Lean Governance, PLANMalaysia Perak bersama agensi terlibat bertekad memudah cara birokrasi demi sistem penyampaian perkhidmatan yang optimum kepada rakyat.

PLANMalaysia Perak merakamkan penghargaan kepada SPNB, PBT, dan semua agensi teknikal atas komitmen padu dalam memartabatkan agenda perumahan di Negeri Perak.

#planmalaysiaperak

#PLANMalaysia

#PerakSejahtera2030

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE! Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

Threads: https://www.threads.net/@planmalaysia_perak

fbigyttt