𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗥𝗜𝗗𝗭𝗨𝗔𝗡 (𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞) 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡 (𝗣𝗕𝗧) 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗨𝗡𝗜𝗧 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 (𝗢𝗦𝗖) 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗕𝗜𝗟. 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟲
IPOH, 11 Februari 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Perancangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) Bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) Negeri Perak Bil. 1/2026 telah diadakan di Kinta Riverfront Hotel & Suite, Ipoh Perak.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak dan turut dihadiri pegawai dari PLANMalaysia Perak, Ketua Unit OSC dan Ketua Jabatan Perancang Bandar di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak.
Selain menyelaraskan keperluan perancangan antara negeri dan PBT berkaitan perancangan bandar dan desa, mesyuarat ini juga menjadi medium untuk PLANMalaysia Perak menyampaikan sebarang informasi terkini dari PLANMalaysia Ibu Pejabat dan aspirasi Kerajaan Negeri agar mendapat persefahaman bersama.
Semoga mesyuarat ini berupaya menjadi medium menyelesaikan hal-hal perancangan dengan lebih efektif dan berkesan seterusnya memperteguhkan agenda perancangan bandar dan desa di Negeri Perak.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





