phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN (JPP) PLANMALAYSIA PERAK BIL. 1/2026

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 (𝗝𝗣𝗣) 𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗕𝗜𝗟. 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟲

IPOH, 11 Februari 2026 - YBhg Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah mempengerusikan Mesyuarat JPP PLANMalaysia Perak Bil. 1/2026 di Kinta Riverfront & Suite, Ipoh.

YBhg. Dato' Pengarah dalam perutusannya telah merakamkan ucapan penghargaan di atas kerjasama dan sumbangan semua lapisan kakitangan jabatan yang komited dalam menjayakan tugas-tugas dan program - program Jabatan sepanjang tahun 2025.

YBhg. Dato' Pengarah telah menyampaikan beberapa perkara yang telah dibangkitkan di peringkat Negeri dan Persekutuan. Di antaranya adalah Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 dan Agenda Pembangunan Teknologi Ai iaitu pelaksanaan Geosilver Ai @ Mr TPr.

Kepentingan Mesyuarat JPP dalam merancang, memantau dan menentukan halatuju strategik jabatan selaras dengan Agenda Perak Sejahtera 2030.

#PerakSejahtera2030

#PLANMalaysia

#planmalaysiaperak

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

Threads: https://www.threads.net/@planmalaysia_perak

fbigyttt