𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐄𝐊𝐒𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐑𝐈𝐃𝐙𝐔𝐀𝐍 (𝐏𝐋𝐀𝐍𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊) 𝐁𝐈𝐋. 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔
IPOH, 12 FEB – Mesyuarat JK Teknikal EKSA PLANMalaysia Perak Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Gua Tempurung, PLANMalaysia Perak yang dipengerusikan oleh TPr Hajah Faridahwati binti Mohd Salleh, Ketua Bahagian Korporat, PLANMalaysia Perak selaku Penyelaras Program EKSA Jabatan bersama Ahli Jawatankuasa EKSA yang terdiri daripada Ketua Zon Bahagian - bahagian PLANMalaysia Perak, Ketua Jawatankuasa Audit Dalam, Ketua Jawatankuasa Promosi dan Ketua Jawatankuasa Latihan.
Mesyuarat JK Teknikal EKSA merupakan medium perbincangan hala tuju gerak kerja jabatan ke arah ekosistem yang lebih kondusif dalam usaha mewujudkan persekitaran yang lebih baik di tempat kerja sekaligus meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan di samping sasaran Jabatan ke arah Pensijilan EKSA Kendiri.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





