𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗠𝗣𝗔𝗞 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 (𝗛𝗜𝗣) 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗨𝗞𝗧𝗨𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟰𝟬 (𝗞𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮)
IPOH, 10 Februari 2026 –Mesyuarat Penyelarasan Projek Berimpak Tinggi (HIP) Bagi Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 (Kajian Semula) telah berlangsung di Bilik Gerakan, Aras 1, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak di sebelah petang, telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak.
Mesyuarat Penyelarasan Projek Berimpak Tinggi (HIP) ini bertujuan untuk menyelaraskan cadangan Projek Berimpak Tinggi (High Impact Projects – HIP) yang dikenal pasti sebagai pemacu utama pembangunan Negeri Perak menjelang tahun 2040. HIP bukan sahaja berfungsi sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi, malah berperanan membentuk struktur spatial, guna tanah, infrastruktur dan pola penempatan negeri secara keseluruhan.
Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil UPEN Negeri, PTG Perak, wakil jabatan / agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan. Mesyuarat juga turut dihadiri Pejabat Projek Zon Tengah selaku Pengurus Projek dan Pasukan Perunding Peers Consult (M) Sdn. Bhd.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





