𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗡𝗦𝗜𝗧𝗜𝗙 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 (𝗞𝗦𝗔𝗦) 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗨𝗞𝗧𝗨𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟰𝟬 (𝗞𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮)
IPOH, 10 Februari 2026 –Satu mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) telah berlangsung di Bilik Gerakan, Aras 1, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak.
Mesyuarat KSAS diadakan bertujuan untuk menyelaraskan input, pandangan serta pengesahan daripada semua agensi teknikal berhubung pengenalpastian, pengelasan dan pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di Negeri Perak sepertimana hala tuju strategik dan inisiatif pelaksanaan yang telah dirangka di bawah Teras 4: Sumber Jaya Mampan, RSN Perak 2040 (Kajian Semula).
Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil PTG Perak, Jabatan Hutan, JPS Negeri, Jabatan Pertanian, JAS Negeri, JMG Negeri, PERHILITAN, Jabatan Perikanan, Jabatan Warisan, Perbadanan Taman Negara. Ia turut dihadiri oleh Pejabat Projek Zon Tengah selaku Pengurus Projek, dan Pasukan Perunding Peers Consult (M) Sdn. Bhd.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak
Threads: https://www.threads.net/@planmalaysia_perak





