MAJLIS PERHIMPUNAN AWAL TAHUN 2026 & AMANAT KETUA PENGARAH PLANMALAYSIA
PUTRAJAYA, 3 Februari 2026 - Melangkah ke tahun 2026, PLANMalaysia memulakan tirai baharu melalui Majlis Perhimpunan Awal Tahun dan Amanat Ketua Pengarah sebagai platform penyatuan visi, pengukuhan iltizam serta penyelarasan hala tuju strategik jabatan. YBrs TPr Saidin bin Lateh Timbalan Ketua Pengarah telah mewakili Datuk Ketua Pengarah menyampaikan amanat awal tahun 2026.
Berteraskan tema “PLANMalaysia 2026 : Misi Implementasi Perancangan untuk Kesejahteraan Rakyat,” majlis ini menegaskan komitmen berterusan PLANMalaysia dalam menterjemahkan dasar dan pelan perancangan kepada pelaksanaan yang berimpak tinggi, berfokuskan kesejahteraan rakyat, kemampanan bandar dan desa serta tadbir urus yang berintegriti.
Amanat Ketua Pengarah menjadi panduan dan pemangkin semangat warga PLANMalaysia untuk memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan, memperkasa inovasi serta memastikan agenda perancangan negara dilaksanakan secara inklusif dan berdaya tahan, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Ke bukit sama kita daki, ke lembah sama kita turuni.





