𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗨𝗞𝗧𝗨𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟰𝟬 (𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔)
IPOH, 26-27 Januari 2026 – Kajian Rancangan Struktur Negeri Perak 2040, Focus Group Discussion (FGD) Siri 1/2026 Peringkat Draf Awal, telah diadakan di MH Grand Ballroom Hotel Ipoh, yang telah dipengerusikan oleh Dato TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia Perak) Perak Darul Ridzuan.
Kajian ini dilaksanakan dengan kerjasama di antara Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia dan PLANMalaysia Perak melalui perkhidmatan perunding. Kajian ini bertujuan bagi semakan dan ulasan berhubung asas pembentukan strategi pembangunan negeri serta kerangka konseptual beserta strategi pembangunan. Meskipun kerangka cadangan telah dikemukakan, masih terdapat keperluan memperhalusi dan menambahbaik cadangan dasar, strategi dan pelaksanaan projek yang dibentangkan.
Kajian ini telah dihadiri oleh Pengurus Projek Pejabat Projek Zon Tengah, Pasukan Perunding Peers Consult (M), ketua dan wakil jabatan/ agensi di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





