phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

MAJLIS MENGANGKAT SUMPAH MENERIMA JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN TAIPING DAN MESYUARAT PENUH BULANAN MPT BIL. 1/2026

tahniah ydp mptaiping

 

MAJLIS MENGANGKAT SUMPAH MENERIMA JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN TAIPING DAN MESYUARAT PENUH BULANAN MPT BIL. 1/2026

Majlis Mengangkat Sumpah Menerima Jawatan sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Taiping (MPT) serta mempengerusikan Mesyuarat Penuh Bulanan MPT Bil. 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Januari 2026 bertempat di Dewan Cempaka, Penthouse, Majlis Perbandaran Taiping.

Majlis dimulakan dengan Majlis Mengangkat Sumpah oleh YBrs. Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, yang telah menerima jawatan sebagai Ahli Majlis MPT, selaras dengan pelantikan beliau sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping yang berkuat kuasa mulai 9 Januari 2026.

YBrs. Tuan Yang Dipertua turut menzahirkan harapan agar semua pihak, khususnya Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan serta seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Taiping, dapat memberikan sokongan dan kerjasama yang padu bagi memastikan MPT terus bergerak seiring dengan matlamat dan aspirasi yang telah ditetapkan.

Majlis ini menandakan permulaan penting bagi tahun 2026 dalam usaha MPT memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

#mptaiping

#taipingbandarmampan

#peraksejahtera2030

#malaysiaMADANI

#fascinatingtaiping

fbigyttt