phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

SESI TAKLIMAT CADANGAN PEMBANGUNAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) TAHUN 2026-2027 PLANMALAYSIA PERAK

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗖𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗔𝗥𝗧𝗜𝗙𝗜𝗖𝗜𝗔𝗟 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗟𝗟𝗜𝗚𝗘𝗡𝗖𝗘 (𝗔𝗜)

𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲–𝟮𝟬𝟮𝟳 𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

IPOH, 14 Januari 2026 – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah mengadakan satu sesi taklimat berkaitan cadangan pembangunan Sistem Artificial Intelligence (AI) GeoSilverAI@Mr. Town Planner sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasi digital dan pemerkasaan perancangan bandar di Negeri Perak.

Sesi taklimat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Perak. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak, bersama pasukan AI PLANMalaysia Perak, Setiausaha Bahagian Digital, wakil-wakil Bahagian Digital, Bahagian Kerajaan Tempatan serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak.

Taklimat ini memberi tumpuan kepada konsep pembangunan sistem serta pengenalan modul-modul utama AI yang akan menyokong proses perancangan, semakan dan ulasan teknikal, di samping meningkatkan kecekapan, ketelusan serta penyampaian perkhidmatan secara lebih bersepadu.

Antara modul utama yang dibentangkan ialah:

  • Modul PkSIA Scorecard

  • Modul Ulasan Pelan Kebenaran Merancang (KM)

  • Modul MyLCP Scorecard

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak ke arah pendigitalan perancangan bandar serta pembangunan bandar pintar yang lebih mampan dan berdaya saing.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

PLANMalaysia

#PerakSejahtera2030

#PLANMalaysia

#planmalaysiaperak

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

Threads: https://www.threads.net/@planmalaysia_perak

fbigyttt