phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

SOAL SELIDIK PANDANGAN AWAM: KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MANJUNG 2040 (PENGGANTIAN)

soal selidik kajian rt daerah manjung 2020 penggantian

 

𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟒𝟎!

Warga Manjung yang dihargai..

Kami sedang merangka hala tuju baharu bagi Kajian Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2040 (Penggantian). Pandangan anda sangat diperlukan untuk membantu kami memahami keperluan komuniti bagi membina persekitaran yang lebih mampan.

Siapa yang boleh menyertai?

  • Penduduk yang menetap di Daerah Manjung;
  • Anak jati Daerah Manjung yang menetap di luar daerah;
  • Pelabur dan pemilik aset di Daerah Manjung; dan
  • Orang awam dan pihak berkepentingan.

Tempoh Soal Selidik: 1 Januari 2026 hingga 1 April 2026

Bagaimana anda boleh membantu?

  1. Isi Borang Soal Selidik Secara Dalam Talian: Klik pautan ini: https://shorturl.at/Bvn2r atau
  2. Maklumat Lanjut: Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan penjelasan lanjut, anda boleh menghubungi Ahli Majlis di kawasan masing-masing.

Jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama mencorak pembangunan Manjung yang lebih berkualiti. Klik pautan di bawah untuk menyertai soal selidik:

Bantu kami merancang masa hadapan Daerah Manjung!

#Manjung2040

#RancanganTempatan

#PLANMalaysia

#KPKT

#Perak

#ManjungSejahtera

#PembangunanMasaHadapan

 

fbigyttt