Sempena Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2025 Peringkat Negeri Perak
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan kolaborasi dan rakan strategik yang telah bersama menjayakan HPBS 2025 Peringkat Negeri Perak!
Setinggi-tinggi penghargaan kepada:
Majlis Daerah Kampar – rakan kolaborasi utama yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyediaan lokasi, koordinasi dan kelancaran acara.
Tidak dilupakan kepada rakan strategik yang sentiasa komited dan menyokong setiap pengisian program: • Kelab Sukan & Kebajikan (KESUBA) PLANMalaysia Perak • Kelab Sukan Majlis Daerah Kampar • Pertubuhan Pemancing Layang Negeri Perak • Galeri Seni Thye Seng 105 • FAMA • Ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kawasan Jelapang
Terima kasih atas sumbangan tenaga, kepakaran, fasiliti serta penglibatan aktif sepanjang penganjuran. Semangat kerjasama inilah yang memastikan HPBS 2025 berlangsung dengan penuh meriah dan berjaya mencapai matlamat memupuk kesedaran tentang perancangan bandar yang mampan dan berdaya huni
Semoga kerjasama strategik ini terus diperkukuh untuk program-program akan datang demi kesejahteraan dan pembangunan Negeri Perak.