𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 (𝗛𝗣𝗕𝗦) 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗥𝗜𝗗𝗭𝗨𝗔𝗡
KAMPAR, 8 Disember 2025 – YAB Dato’ Seri Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2025 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di Dewan Bandaran Kampar bertemakan “Pembaharuan Semula Bandar: Agenda Perancangan Untuk Rakyat” dan dihadiri oleh 500 orang tetamu jemputan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak; YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa; YBrs Tuan Mohd Zairasyahli Shah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Perak; YBhg. Dato’ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak; YBrs Tuan Mohamad Kamil bin Mohamad Kasim, Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Kampar dan YBrs Tuan Ahmad Suqairi bin Alias, Yang DiPertua, Majlis Daerah Kampar.
Kemuncak acara adalah penyampaian sijil penghargaan dan Anugerah Penghargaan Bandar Mampan 2025 kepada 15 PBT Negeri Perak, serahan Pelan Tindakan Khas (PTK) dan Projek Brief oleh PLANMalaysia kepada Agensi/ PBT serta penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi Pertandingan Fotografi Kampar: Pekan Indah Kita 2025.
Turut diadakan lawatan Perasmian dan Sesi Tandatangan Plak Kampar Integrated Operations Center (IOC) Kampar dan tidak dilupakan penglibatan pempamer oleh jabatan/agensi di reruai pameran sempena sambutan ini dijalankan.
Semoga usaha murni ini merupakan ikhtiar berterusan untuk melebar luas produk dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Perak kepada rakyat dalam usaha mencapai Pelan Perak Sejahtera 2030.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Pertubuhan pemancing layang negeri perak
Galeri Seni Thye Seng 105
Facebook:
https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





