𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 (𝗛𝗣𝗕𝗦) 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗥𝗜𝗗𝗭𝗨𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗟. 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟱
IPOH, 24 November 2025 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) melalui Bahagian Korporat telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bagi Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2025 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Bil. 2/2025 yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Yang Berusaha Tuan Ahmad Suqairy bin Alias, Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar, Ketua-ketua Jawatankuasa PLANMalaysia Perak, wakil Majlis Daerah Kampar serta wakil Kelab Sukan dan Kebajikan PLANMalaysia Perak.
Mesyuarat memberi tumpuan kepada status pelaksanaan program sambutan HPBS dan tugasan setiap jawatankuasa kerja yang telah dilantik bagi menjayakan program yang akan diadakan pada 8 Disember 2025 bertempat di Dewan Bandaran Kampar.
Semoga penganjuran sambutan HPBS 2025 kali ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan perancangan bandar yang mampan dan berdaya huni.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





