MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK EKSA PLANMALAYSIA PERAK 2025
IPOH, 21 Nov 2025 – Mesyuarat JK Induk EKSA PLANMalaysia Perak Tahun 2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Royal Belum PLANMalaysia Perak yang dipengerusikan oleh YBhg Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak bersama penyelaras EKSA Jabatan, ahlijawatankuasa EKSA yang terdiri daripada Ketua Zon Bahagian- bahagian PLANMalaysia Perak, Ketua Jawatankuasa Audit Dalam, Ketua Jawatankuasa Promosi dan Ketua Jawatankuasa Latihan.
Mesyuarat JK Induk EKSA merupakan platform perbincangan hala tuju gerak kerja jabatan ke arah lebih kondusif dalam usaha mewujudkan persekitaran yang lebih baik ditempat kerja sekaligus meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan disamping Jabatan kearah Pensijilan EKSA Kendiri.





